Hello beautiful people...
Entry lepas Mom ada cakap pasal nak share tentang cara penjagaan muka untuk setiap jenis kulit wajah kan..
So lepas ni,pastikan pemilihan barang penjagaan muka perlu tepat dengan jenis kulit wajah anda yeaa...
Kulit normal
Jumlah minyak semula jadi atau sebum
yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu
sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis
ini juga mempunyai kandungan air yang cukup.
Bagi mereka yang tergolong dalam
kumpulan ini, lihat sama ada liang roma muka anda masih kecil. Kulit
jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis.
Pada sebelah tengah hari atau petang,
zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit
berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik
hitam atau jeragat. Pipinya juga tidak selalu kering.
- Kulit muka jenis ini hanya memerlukan pencucian yang lembut.
- Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda berubah kemerahan.
- Kemudian, gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma.
- Akhiri dengan krim atau cecair pelembap sambil mengurut dengan jari-jemari menghala ke atas.
Kulit kering
Ia menghasilkan kurang sebum lalu muka
kita tidak kelihatan berkilat. Pada kebanyakan masa, mereka yang
berkulit kering mempunyai raut wajah yang kusam dan mempunyai liang roma
yang kecil atau langsung tidak kelihatan.
Kulit jenis ini juga menggelupas sesekali dan kadangkala memberi efek rasa kurang selesa.
Anda juga harus memberi lebih perhatian
terhadap garis-garis halus yang timbul ketika dimamah usia
terutamanya di bahagian tepi mata, garisan senyuman dan dahi.
terutamanya di bahagian tepi mata, garisan senyuman dan dahi.
- Tahap kelembapan dan sebumnya rendah.
- Gunakan pencuci muka yang berbuih.
- Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut.
- Kemudian, cuci dengan air sejuk.
- Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.
Kulit berminyak
Ia seringkali dibenci oleh ramai remaja,
termasuk orang lelaki. Kulit ini mengeluarkan banyak sebum dan
membuatkan seseorang nampak seperti tidak menjaga kecantikan diri.
Liang romanya juga besar. Sebab itulah seseorang mudah mendapat jerawat.
- Bahagian hidung adalah yang paling aktif.
- Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas.
- Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah.
Kulit kombinasi
Ia menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit
muka iaitu normal, kering dan berminyak. Secara amnya, kulit ini
kelihatan normal tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang terasa
kering dan berminyak.
Tempat yang biasanya kering ialah di bahagian pipi dan berminyak di zon T.
- Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, namun ia mempunyai liang roma yang besar di zon T dan cepat mendedahkan seseorang kepada masalah jerawat.
- Gunakan jenis pencuci muka di waktu pagi dan krim pembersih di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering.
- Gunakan losen penegang kulit untuk bahagian muka yang berminyak dan krim penyegar di bahagian yang kering.
- Akhiri dengan krim pelembap pada keseluruhan muka dan di bahagian yang kering.
0 comments:
Post a Comment