photo nuffnang_ads.jpg


TOKSIN - PEMBUNUH DALAM DIAM

 Apa itu toksin?

Toksin adalah bahan buangan beracun dlm tubuh kita yg blh merosakkan struktur & fungsi sel badan. 

Toksin bukan sahaja menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan secara normal, tapi juga dapat mengikuti peredaran darah ke bahagian-bahagian organ tubuh badan kita.


Toksin berpunca daripada udara yg disedut, makanan dan minuman atau terdedah pada toksin dalaman sisa metabolic yg dihasilkan dlm badan disebabkan tekanan hidup & pemakanan yg tak seimbang. 


Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan toksin

Dari dlm sistem fisiologi tubuh, apabila sesorang tu sakit, badna sedang berusaha utk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yg menghalang fungsi tubuh. 


Toksin yg berada di dlm saluran darah akan dibawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya

Secara semulajadi, toksin blh dibuang melalui proses pencernaan iaitu pembuangan air kecil / besar.  





Toksin terdiri daripada dua jenis

1.Toksin dari luar (Eksotoksin)
– iaitu disebabkan oleh makanan yang diproses seperti burger,makanan yang mengandungi pengawet, makanan yang dipanggang dan racun kimia atau racun serangga.Selain itu, penggunaan kosmetik juga turut menyumbang kepada toksin luaran ini, selain bahan kimia untuk penggunaan domestic seperti sabun basuh, bahan peluntur, bahan pewarna dan sebagainya.

2.Toksin dalaman (Endotoksin)
- berpunca daripada gangguan emosi, stress, dan kotoran yang tersumbat dalam usus.
Secara umumnya masalah- masalah seperti jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya. Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada kulit manusia.
Simptom di atas hanya yang boleh dilihat pada wajah, sedangkan, di dalam organ tubuh yang tidak pernah dibuang toksin akan menyebabkan kesan yang lebih teruk.






TANDA BADAN BERTOKSIN


👉 Cepat letih, kurang tenaga, sakit kepala, mulut busuk & badan berbau
👉 Insomnia

👉 Area mata putih nampak kuning keruh / merah
👉 Lemah daya ingatan & rasa cemas sentiasa
👉 Alahan, resdung, & sistem imun rendah. So akan cepat sakit / demam
👉 Ekzema dan jerawat pada muka dan badan
👉 Sembelit, perut kembung, buncit
👉 Cepat sakit sendi dan lenguh-lenguh badan
👉 Selulit, berat badan naik dan susah kurus
👉 Nampak tua dari umur rambut gugur dan kulit kusam

👉 Mudah dpt penyakit selain mudah menjurus kepada masalah kesihatan lain seperti kanser, sakit jantung, nyanyuk, asma dan tekanan darah tinggi 

KEPENTINGAN MEMBUANG TOKSIN DALAM BADAN

Kajian menunjukan kandungan toksin yang banyak dalam badan akan mengurangkan kemampuan untuk mengimbangkan gula dan metabolisme kolestrol. 

Ini adalah perkara yang serius apabila ingin mengurangkan berat badan dan kesihatan badan secara menyeluruh yang tidak diambil penting oleh ramai orang. 

Jika anda ingin membakar lebih lemak dan mengurangkan risiko mendapat diabetes, adalah lebih baik untuk anda membuang toksin di dalam badan terlebih dahulu.

Dengan dunia yang moden sekarang, adalah sangat mustahil untuk bebas toksin sepenuhnya.


4 CARA MEMBUANG TOKSIN SECARA SEMULAJADI
  1. Membuang Air Kecil
Fungsi utama buah pinggang ialah untuk membuang kekotoran daripada aliran darah. Minum air dengan banyak akan membantu badan membuang toksin.Perubahan pada warna air kencing menunjukkan tahap toksin dalam badan. Biasanya kalau air kencing berwarna kuning pekat dan berbau, toksin dalam badan tinggi..Solution nya,minum air kosong banyak-banyak

  1. Membuang air besar
Buang air besar sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari. Ini merupakan salah satu cara yang terbaik untuk membuang segala kekotoran dalam badan. Ada setengah orang saangat susah nak membuang air besar.Ada sampai seminggu sekali dan jika anda mengalami masalah susah membuang air besar, digalakkan mengambil makanan yang mengandungi serat. Serat membantu mencuci kolon dan membantu membuang air besar degan mudah.
  1. Mengeluarkan peluh
Kulit kita merupakan organ yang terbesar  dan memiliki berat sekitar enam paun. Kulit kita bertindak sebagai perlindungan di antara persekitaran luar dan dalam badan.Kulit juga penting untuk melindungi organ dan otot kita.  Ini bermakna, kulit kita merupakan antara salah satu cara terbaik untuk mengeluarkan toksin dan kekotoran dalam badan. Bagaimana? Melalui peluh.

      4. Bernafas
Bernafas dengan betul merupakan antara perkara asas yang penting untuk badan, tetapi ramai yang mengambil ringan tentang perkara ini. Setiap kali kita bernafas, kita menyedut oksigen ke dalam badan kita. Paru-paru kita berperanan menapis segala kekotoran seperti allergen. Bantu paru-paru anda dengan bernafas dengan lebih baik dengan mengamalkan senaman pernafasan. Cara yang paling mudah ialah mula dengan menarik nafas pendek selama lima minit sehari. Yoga dan meditasi juga dapat membantu kita bernafas dengan betul dan sihat.


Selain dari cara semulajadi, DETOKS adalah satu lagi cara yang berkesan untuk membuang toksin..Kerana detoks akan membantu menyingkirkan toksin dalam usus,darah dan hati...



p/s: Jom DETOKS dengan Shaklee dan rasa sendiri perubahan dalam masa 2 minggu...

0 comments:

Post a Comment