Sebak hati...terus terbuka minda...Sebab kesan dari
sharing Sis Nurul dari big group Mom...
Sis Nurul share pengamalan sendirI berhadapan
dengan SLE selama 9 tahun..Ya Allah,rasa sayu sangat hati bila baca sharing
dia..sayu & inspired sebab pesakit SLE ni sangat tabah..
Sebelum ni Mom tak pernah tau langsung pasal SLE
ni...Baru tahun ni dengar pasai SLE..Dari jiran Mom..Anak dia umur 9 tahun,ada
SLE..dapat tau masa bulan puasa baru ni..
Tapi sebelum ni Mom tak tau kesan SLE ni seteruk
yang Sis Nurul bagi semalam..So,Mom nak share sikit apa yang Mom dapat about
SLE..
Mula-mula,kena faham APA ITU SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit
kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan
banyaknya. Protein darah ni dipanggil ANTIBODI yang bertindak balas terhadap
tisu badan.Punca penyakit SLE tak diketahui.
Auto-imun adalah dimana sistem imun yang sepatutnya bertindak sebagai perlindung daripada virus,penyakit atau radikal bebas,terbalik fungsinya dimana ia jugak menyerang sel baik..
Dalam erti kata yang lebih simple, pesakit SLE ni
sistem imun dia serang semua sel baik dalam badan walaupon pesakit tu tak ada
sebarang masalah kesihatan.
JENIS-JENIS LUPUS
- Systemic Lupus Erythematosus (SLE) - bahasa lebih mudah LUPUS. Biasanya menyerang wanita (90 berumur antara 15-50 tahun. Gelaja mungkin sederhana atau bole jadi serious.
- Discoid Lupus Erythematosus (DLE) - Lebih kepada penyakit kulit yang kronik. Penyakit kulit ini seperti malar rash (tompok merah di muka,kulit kepala,bahagian badan,kaki & tangan. Kulit akan jadi menebal & bersisik serta tinggalkan parut. Boleh berlarutan sehingga beberapa hari atau berulang walaupon dah sembuh. DLE bole menjurus kepada SLE
- Lupus Neonatal - boleh berlaku kepada bayi yang baru dilahirkan oleh penghidap SLE. Ini mungkin disebabkan oleh auto antibodi dalam darah ibu yang dipanggil anta-RO (SSA) dan anti-LA (SSB). Kesannya,boleh menyebabkan bayi mendapat malasah radang kulit,masalah hati dan masalh darah rendah (low blood count).Gejala ini mungking akan hilang dalam beberapa bulan. Lupus Neonatal adalah satu kes yang jarang dijumpai tetapi, bayi yang menghidap penyakit ini akan mengalami masalah jantung.
SLE ni adalah penyakit yang RARE. Rationya di Asia
adalah 1 dalam 1000. Sebab tu kat Malaysia ni tak ramai lagi pakar SLE. Yang
Mom tau cuma di Hospital Selayang & HUSM Kubang Kerian (hasil sharing dari
team)
SLE ni lebih teruk dari
kanser.Sekurang-kurangnya kanser masih lagi bole operate & buang sel
kanser.Tapi SLE ni kekal. Macam Sis NUrul cakap semalam, SLE tak boleh sembuh
tapi SLE boleh jadi tak aktif & tak serang mana-mana organ penting dalam
badan. Tapi bile SLE aktif, dia akan serang organ penting dengan cepat.
Ada SLE yang serang otak,organ penting atau serang
darah.Pesakit SLE perlu lalui banyak procedure contohnya ambil darah,ambil sampel
buah pinggang dan banyak amik steroid bergantung pada keperluan pesakit tu.
SLE boleh menjejaskan organ-organ tubuh seperti:
1. Buah Pinggang
Keradangan buah pinggang mengurangkan keupayaan
membuang sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami sakit buah
pinggang tidak merasa sakit, hanya bengkak kaki.
2. Paru-paru
Sebilangan pesakit SLE mengalami pleuritis,radang
lapisan paru0paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada semasa menarik
nafas. Pesakit juga akan mendapat pneumonia
3. Sistem Saraf
SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan
alami sakit kepala,pening,cepat lupa,kabur penglihatan,sawan,strok &
perubahan kelakuan
4. Salurah Darah
Keradangan salur darah (vaskulitis) boleh
melibatakan penglirah darah ke seluruh badan terganggu. Vaskulitis yang teruk
memerlukan rawatan segera.
5. Darah
Pesakit SLE mungkin akan mendapat kekurangan
darah,kekurangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet.Fungsi
platelet dalam darah adalah untuk membantu pembekuan. Ada pesakit SLE yang
berisiko tinggi mengalami masalah pendarahan jika darah cepat membeku
6. Jantung
Pesakit SLE boleh mengalami sakit
jantung.Keradangan pada tiga lapisan jantun PERICADITIS (keradangan lapisan
luar), MYOCARDITIS (keradangan lapisan tengah) dan ENDOCARDITIS (keradangan
lapisan dalam). Pesakit juga berisiko mengalami ARTERIOSCLEROSIS (pembuluh
darah yang keras)
SIMPTOM-SIMPTOM SLE
- Demam,keletihan dan berat badan menurun
- Sakit dan bengkak sendi (arthiritis) selama beberapa minggu
- Tompok-tompok merah di pipi & hidung (butterfly rash)
- Tompok-tompok merah di kawasan kulit apaliba terdedah sinaran matahari
- Ulser di mulut dan hidung yang berlarutan lebih sebulan
- Rambut gugur secara bertompok-tompok atau sekeliling (hair line)
- Sawan,strok dan gangguan mental
- Berisiko mengalami darah beku
- Kerap keguguran
- Darah atau protein dalam air kencing menunjukkan sistem buah pinggang terganggu
- Bilangan sel darah putih atau darah merah rendah
Sis Nurul menghidap SLE selama 9 tahun dan
dia recovering sekarang especially lepas dia cuba Vivix Shaklee..Last week baru
check darah katanya dan doctor bagitau yang SLE dia dah tak
aktif..Alhamdullilah..
Mom sangat inspired dengan sharing Sis Nurul..Sebab
Mom rasa dia kuat sangat..Mom sendiri tak tau Mom mampu tak hadapi SLE semuda
dia masa 1st time diagnos dengan SLE..
One thing that is so important about this is
to have full SUPPORT from family and friends..Apa sekali pon kena ada support
yang kuat dari orang keliling kita...
I SALUTE TO ALL SLE FIGHTERS
Fact Source :http://www.lupusmalaysia.org
0 comments:
Post a Comment